Latar Belakang Tokoh


Nama              : Zainal Palit
T. Lahir           : 16 Oktober 1964
Asal                : Kampung Ladang, Kuala Sungai Baru, Melaka


Peta Melaka
                            
Lulusan           : Sarjana Muda Sastera dalam bidang Penulisan Kreatif dan
                        Deskriptif  (Universiti Malaya) Ijazah Sarjana dalam bidang
                        Budaya dan Bahasa di Asia Tenggara dan Kepulauan (The
                        University of London, England)


Bidang tugas : Terkini beliau bertugas sebagai Ketua Bahagian Rangkaian Strategik di Yayasan Dakwah
                       Islamiah Malaysia (YADIM) dan editor Majalah Dakwah keluaran YADIM.
                       Pernah pernah bertugas sebagai Editor Sastera Majalah Dewan Sastera di Dewan Bahasa
                       dan Pustaka (DBP)


Antara yang menarik di Melaka

chiacinlove.blogspot.com


fun-travel-malaysia.com



                                           ****************

Sedikit Mengenai Zaen Kasturi

Zaen Kasturi merupakan seorang penulis prolifik yang banyak menghasilkan karya sastera dalam pelbagai genre namun kecenderungannya lebih kepada penciptaan puisi. Penglibatan beliau dalam dunia penulisan sastera bermula sekitar tahun 1980-an dan merupakan penulis generasi baharu yang berani bereksperimen dengan teknik penulisannya. Beliau mempunyai corak atau gaya penulisan tersendiri dalam menyalurkan permikirannya dalam karya sastera dan terikat dengan gaya konvensional. Gaya inilah yang membentuk identiti bagi setiap karyanya. Karyanya yang unik memaksa khalayak mengerahkan minda mereka untuk mentafsir makna tersirat disebalik setiap paparan kata-kata yang digunakan. 

      Dalam Laporan Panel Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993, Zaen disifatkan mempunyai ciri kepengarangan yang khusus, dengan nilai-nilai keinsanannya yang berbeza dengan pengarang-pengarang yang lain, akan tetapi perspektif yang dipilihnya melalui jalan filosofikal, mencabar gerak fikiran realisme untuk meneroka ke dalam dimensi perjuangan hidup, simbolisme, keagamaan, konsep diri, sufisme, antarteks dan aliran seni garis-garis dan warna seni lukis (Lim Swee Tin, 2011: 27) .